15.2.14

Waqaf

Waqaf dari sudut bahasa ialah berhenti atau menahan, manakala dari sudut istilah tajwid ialah menghentikan bacaan sebentar dengan memutuskan suara di akhir kalimah untuk mengambil nafas dengan niat ingin menyambungkan kembali bacaan. 

Terdapat empat jenis waqaf iaitu:

ﺗﺂﻡّ (taamm) - waqaf sempurna - iaitu mewaqafkan atau memberhentikan pada suatu bacaan yang dibaca secara sempurna, tidak memutuskan di tengah-tengah ayat atau bacaan, dan tidak mempengaruhi maksud dan makna ayat kerana tidak mempunyai kaitan dengan ayat yang sebelumnya mahupun selepasnya.

ﻛﺎﻒ (kaaf) - waqaf memadai - iaitu mewaqafkan atau memberhentikan pada suatu bacaan secara sempurna, tidak memutuskan di tengah-tengah ayat, namun ayat tersebut masih berkaitan maknanya dengan ayat selepasnya.

ﺣﺴﻦ (Hasan) - waqaf baik - iaitu mewaqafkan bacaan atau ayat tanpa mempengaruhi makna, namun bacaan tersebut masih berkaitan dengan bacaan selepasnya.

ﻗﺒﻴﺢ (Qabiih) - waqaf buruk - iaitu mewaqafkan atau memberhentikan bacaan secara tidak sempurna atau memberhentikan bacaan di tengah-tengah ayat, waqaf ini mesti dihindari kerana bacaan yang diwaqafkan masih berkaitan lafaz dan maknanya dengan bacaan yang sebelum dan selepasnya.


Qalqalah

Qalqalah (قلقلة) adalah bacaan pada huruf-huruf qalqalah dengan dibunyian secara melantun balik apabila huruf qalqalah itu disukunkan. 

Huruf qalqalah ada lima iaitu qaf (ق), tho (ط), ba' (ب), jim (ج), dal (د). 

Qalqalah terbahagi kepada tiga iaitu qalqalah sughra (قلقلة صغرى), qalqalah kubra (قلقلة كبرى) dan qalqalah akbar (قلقلة أكبر).

Qalqalah Sughra:

Qalqalah sughra bermaksud qalqalah kecil iaitu apabila salah satu daripada huruf qalqalah itu berbaris mati (sukun) dan baris matinya adalah asli dan bukan mendatang (bukan kerana waqaf).


Contoh: ِوَالفَجْر


Qalqalah Kubra:
Qalqalah besar iaitu apabila salah satu daripada huruf qalqalah itu dimatikan dengan mendatang (disebabkan waqaf). Dalam keadaan ini, qalqalah dilakukan apabila wakaf padanya tetapi tidak diqalqalahkan apabila wasal. Bunyi lantunan seperti huruf qalqalah berbaris atas.


Contoh: ِقُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ الفَلَق 

Qalqalah Akbar:
Qalqalah akbar bunyi lantunannya paling kuat. Apabila memberhentikan bacaan pada huruf qalqalah yang berada di hujung kalimah dan huruf tersebut bersabdu (tasydid). Sukun pada huruf qalqalah di sini merupakan sukun yang 'aridh (mendatang) disebabkan waqaf.

Contoh:  َّتَبَّتْ يَدَآ أَبِي لَهَبٍ وَتَب