Qalqalah (قلقلة) adalah bacaan pada huruf-huruf qalqalah dengan dibunyian secara melantun balik apabila huruf qalqalah itu disukunkan.
Huruf qalqalah ada lima iaitu qaf (ق), tho (ط), ba' (ب), jim (ج), dal (د).
Qalqalah terbahagi kepada tiga iaitu qalqalah sughra (قلقلة صغرى), qalqalah kubra (قلقلة كبرى) dan qalqalah akbar (قلقلة أكبر).
Qalqalah Sughra:
Qalqalah sughra bermaksud qalqalah kecil iaitu apabila salah satu daripada huruf qalqalah itu berbaris mati (sukun) dan baris matinya adalah asli dan bukan mendatang (bukan kerana waqaf).
- Contoh: ِوَالفَجْر
Qalqalah Kubra:
Qalqalah besar iaitu apabila salah satu daripada huruf qalqalah itu dimatikan dengan mendatang (disebabkan waqaf). Dalam keadaan ini, qalqalah dilakukan apabila wakaf padanya tetapi tidak diqalqalahkan apabila wasal. Bunyi lantunan seperti huruf qalqalah berbaris atas.
Contoh: ِقُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ الفَلَق
Qalqalah Akbar:
- Qalqalah akbar bunyi lantunannya paling kuat. Apabila memberhentikan bacaan pada huruf qalqalah yang berada di hujung kalimah dan huruf tersebut bersabdu (tasydid). Sukun pada huruf qalqalah di sini merupakan sukun yang 'aridh (mendatang) disebabkan waqaf.
Contoh: َّتَبَّتْ يَدَآ أَبِي لَهَبٍ وَتَب
faham
BalasPadamtapi, bukanka qalqalah terbahagi kepada dua ja?
BalasPadam