Waqaf dari sudut bahasa ialah berhenti atau menahan, manakala dari sudut istilah tajwid ialah menghentikan bacaan sebentar dengan memutuskan suara di akhir kalimah untuk mengambil nafas dengan niat ingin menyambungkan kembali bacaan.
Terdapat empat jenis waqaf iaitu:
ﺗﺂﻡّ (taamm) - waqaf sempurna - iaitu mewaqafkan atau memberhentikan pada suatu bacaan yang dibaca secara sempurna, tidak memutuskan di tengah-tengah ayat atau bacaan, dan tidak mempengaruhi maksud dan makna ayat kerana tidak mempunyai kaitan dengan ayat yang sebelumnya mahupun selepasnya.
ﻛﺎﻒ (kaaf) - waqaf memadai - iaitu mewaqafkan atau memberhentikan pada suatu bacaan secara sempurna, tidak memutuskan di tengah-tengah ayat, namun ayat tersebut masih berkaitan maknanya dengan ayat selepasnya.
ﺣﺴﻦ (Hasan) - waqaf baik - iaitu mewaqafkan bacaan atau ayat tanpa mempengaruhi makna, namun bacaan tersebut masih berkaitan dengan bacaan selepasnya.
ﻗﺒﻴﺢ (Qabiih) - waqaf buruk - iaitu mewaqafkan atau memberhentikan bacaan secara tidak sempurna atau memberhentikan bacaan di tengah-tengah ayat, waqaf ini mesti dihindari kerana bacaan yang diwaqafkan masih berkaitan lafaz dan maknanya dengan bacaan yang sebelum dan selepasnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan